Archives

Bab 3

Bab 3

Metodologi Kajian

3.1     Pengenalan

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Metodologi kajian juga merupakan salah satu langkah yang penting dalam menjalankan penyelidikan. Metodologi kajian ialah kaedah yang digunakan oleh penyelidik bertujuan untuk mendapatkan data daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Tujuan metodologi kajian ini adalah untuk lebih memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai kajian aspek linguistik ini. Kajian ini merupakan satu kajian mengenai dialek Kelantan yang digunakan oleh seorang penutur natif dialek ini merupakan suatu kajian tentang aspek bahasa. Aspek bahasa ini merangkumi lima aspek bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan pragmatik. Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini akan membincangkan mengenai sampel kajian, alat kajian, dan prosedur kajian.

3.2     Sampel Kajian

Responden yang terpilih merupakan pelajar dari Kolej Kesihatan Sg. Buloh yang merupakan seorang penutur natif dialek Kelantan dan

telah menetap di daerah Pekan Kubang Kerian, Kelantan selama lebih 20 tahun. Pengkaji memilih responden ini kerana responden amat fasih dalam emnuturkan dialek ini dan memudahkan pengkaji untuk memperolehi data yang tepat dari penutur ini.

3.3     Alat Kajian

Bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti instrumen yang sesuai untuk kaedah temu bual bagi mendapatkan data. Tumpuan kajian adalah pada penggunaan “AntConc” untuk mengkaji kekerapan, penggunaan kata dalam ayat serta konteks sosial. “SurveyMonkey” pula digunakan untuk menjalankan soal selidik terhadap responden yang telah dikenal pasti.

3.4     Presedur Kajian

Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah kaedah temubual, soal selidik menggunakan “survey monkey”dan barulah menggunakan aplikasi-aplikasi komputer yang lain bagi melengkapkan lagi carian matlumat atau data bahan kajian. Langkah-langkah yang akan dilaksanakan antaranya:

  1. Menemuramah atau menemubual responden  yang tinggal di daerah Kubang kerian, Kelantan dengan soalan-soalan yang dapat menepati kajian lima aspek bahasa yang ingin dikaji meliputi aspek bahasa dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.
  2. Mendapatkan matlumat tambahan berkaitan lima aspek bahasa yang ingin dikaji melalui kemudahan teknologi seperti internet, ”facebook” dan sebagainya. Penggunaan Internet, “Google”, Tapak Rangkaian Sosial seperti “facebook” dan sebagainya juga untuk tujuan mengumpulkan data, mendapatkan bahan rujukan dan melibatkan diri dalam perbincangan akademik.
  3. Penggunaan teknologi maklumat untuk menguasai bahasa dengan menggunaan “adobe audition”, “audacity” dan “lame” untuk merakam dan mengkaji sebutan, membuat transkripsi fonetik, dan memaparkan bukti kajian.Rakaman daripada temubual tersebut akan dimasukkan dalam aplikasi linguistik iaitu “soundcloud” .
  4. Seterusnya transkripsi rakaman audio akan dilaksanakan dan membuat analisis linguistik menggunakan aplikasi “antconc”.
  5. Yang terakhir menggunakan “YouTube” dan blog “wordpress” untuk memapar hasil dapatan kajian dan berkongsi maklumat.

3.5     Kesimpulan

Secara dasarnya bab ini membahaskan metodologi kajian dari sudut sample kajian, alat kajian, dan prosedur kajian bagi menerangkan langkah-langkah bermulanya sesuatu kajian linguistik dilaksanakan. Ini dapat memberi gambaran kasar tentang metod pengkajian lima aspek bahasa penutur dialek Kubang kerian,Kelantan dengan menggunakan aplikasi komputer dan teknologi maklumat tanpa wayar(wireless).